Pages

Thursday, 4 September 2014

Pencicah Air Asam

Bahan
  • 4 biji tomato (saiz sederhana)
  • 10 cili padi
  • 10 cili besar
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci belacan
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu susu pekat
  • sedikit garam

Cara
  1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar. 
  2. Tumbuk cili padi, cili besar dan belacan (macam nak buat sambal belacan)
  3. Masukkan bawang besar, tomato dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam bekas. 
  4. Tumbuk bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
  5. Kemudian, masukkan sambal belacan dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk.
  6. Masukkan sos tomato, susu pekat dan juga garam secukup rasa.
  7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging
Source:
Rahsia Hawa: Nasi Daging Utara