Friday 29 August 2014

Karipap Pusing

Source: Rahsia Hawa in Facebook

KARIPAP PUSING (Curry puffs with swirl shell)

A. Kulit Karipap

Bahan untuk buat kulit karipap

1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Cara untuk buat kulit karipap
  1. Sediakan doh marjerin dan uli hingga berminyak
  2. Sediakan doh minyak + air , diuli , biasanya doh minyak 2x lebih banyak drp doh marjerin
  3. Letak doh marjerin dalam doh minyak
  4. Balut doh , tutup keseluruhan doh marjerin dengan doh minyak.
  5. Canaikan doh.
  6. Potong doh yang di canai.
  7. Gulung doh
  8. Canai sekali lagi
  9. Gulong doh kali ke-2
  10. Potong guna pisau doh yg digulung akan menghasilkan pusaran sebegini, boleh canai dan bubuh inti karipap, kelim dan goreng,

B. Inti Karipap

Bahan untuk buat inti karipap
  • 4 biji kentang
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sudu rempah kari (dibancuh dengan 1 cawan air)
  • 5 helai daun kari (tapi saya tak letak)
  • 1 sudu serbuk bilis
  • Secubit garam

Cara untuk buat inti karipap
  1. Kentang dikupas dan dipotong dadu.
  2. Rebus kentang hingga hampir empuk.
  3. Angkat, toskan dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
  5. Tumis hingga kekuningan.
  6. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
  7. Masukkan serbuk bilis dan garam.
  8. Akhir sekali, masukkan kentang yg telah direbus tadi.
  9. Kacau sebati hingga kuah kering.
  10. Angkat dan ketepikan.



Thursday 28 August 2014

Cha Koy (Cakoi)

Source: http://resepiummi.com/2014/07/16/cakoi-mudah/

BAHAN BAHAN (Ingredients)
(15-20 ketul) (makes 15-20 pieces)
  • 400g tepung gandum (400g wheat flour)
  • 1 cawan air (1C water)
  • 1 sudu besar majerin (1 tabsp margarine)
  • 1 sudu kecil garam (1 teasp salt)
  • 3 sudu besar gula (3 tabsp sugar)
  • 1 sudu besar susu pekat/susu tepung (1 tabsp condensed milk or powdered milk)
  • 1 biji kuning telur – tak letak pon boleh (1 egg yolk)
  • 2 sudu kecil yis (2 teasp yeast)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (half teasp sodium bicarbonate/baking soda)
  • minyak untuk menggoreng (oil for frying)

CARA CARA (Methods)
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
  2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung tetapi adunan masih lagi lembik, boleh la tambah sikit tepung sampai menjadi doh. Adjust sendiri.
  3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.

Penyediaan (Preparation)

Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
  1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat. 
  2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
  3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
  4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
  5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit. Jika guna api besar, dalamnya tak masak. Buat sehingga habis.
  6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran atau buat pencicah manis berperisa pandan, warna hijau.