Pages

Thursday, 28 August 2014

Cha Koy (Cakoi)

Source: http://resepiummi.com/2014/07/16/cakoi-mudah/

BAHAN BAHAN (Ingredients)
(15-20 ketul) (makes 15-20 pieces)
  • 400g tepung gandum (400g wheat flour)
  • 1 cawan air (1C water)
  • 1 sudu besar majerin (1 tabsp margarine)
  • 1 sudu kecil garam (1 teasp salt)
  • 3 sudu besar gula (3 tabsp sugar)
  • 1 sudu besar susu pekat/susu tepung (1 tabsp condensed milk or powdered milk)
  • 1 biji kuning telur – tak letak pon boleh (1 egg yolk)
  • 2 sudu kecil yis (2 teasp yeast)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (half teasp sodium bicarbonate/baking soda)
  • minyak untuk menggoreng (oil for frying)

CARA CARA (Methods)
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
  2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung tetapi adunan masih lagi lembik, boleh la tambah sikit tepung sampai menjadi doh. Adjust sendiri.
  3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.

Penyediaan (Preparation)

Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
  1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat. 
  2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
  3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
  4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
  5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit. Jika guna api besar, dalamnya tak masak. Buat sehingga habis.
  6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran atau buat pencicah manis berperisa pandan, warna hijau.



0 comments: