Pages

Monday, 28 September 2015

Nasi Mandy

Untuk 4-5 orang
Bahan

Beras Basmathi 2 pot (2 calung)
Rempah serbuk mandy (powdered spices)
Rempah tumis mandy (kayu manis, pelaga, cengkih, dan lumi)
1.5 kg daging kambing & tulang
2 biji bawang besar (Holland onions)
5 biji bawang putih (5 pips garlic)
2 cili hijau (2 green chilies)
3 sudu besar minyak masak (3 Tabsp cooking oil)
1.5 sudu kecil garam (salt to taste - 1.5 teasp salt should be sufficient)

Optional

2 sudu kecil pewarna kuning telur (2 teasp egg yolk food colour) 
1 akar daun ketumbar 
sedikit daun sup.
sedikit kismis emas (golden raisins).

Pekakas

Kuali & senduk kayu
Periuk nasi elektrik (electric rice cooker)


A. Cara Penyediaan Kambing dan Nasi

(1) Kambing

Rebus daging & tulang kambing hingga empuk (tanpa garam).

(2) Nasi

Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan

(3) Rempah

Tumiskan rempah tumis mandy, 2 biji hirisan bawang besar, 5 biji hirisan bawang putih hingga bawang menjadi garing.

Masukkan rempah serbuk mandy. Tumis dengan api kecil.

(4) Periuk nasi

Masukkan rempah tumis dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.

Masukkan 1.5 sudu kecil garam dan 2 cili hijau.

Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging kambing dan tulang ke dalam periuk nasi.

Masukkan 1 akar daun ketumbar dan sedikit daun sup.

Masukkan sedikit kismis (raisin).

Tanak nasi sehingga hampir masak. Kacau nasi apabila 80% masak (air nasi sudah kering).

Biarkan masak sepenuhnya.


B. Cara Penyediaan Sos Harrah

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
daun ketumbar
cili padi
sedikit garam

Kisar semua bahan tanpa air (blend all ingredient without water).


C. Cara Penyediaan Salad Arab

2 biji tomato
1 batang timun - dipotong dadu (diced cucumber)
1 labu bawang besar - hiris halus
daun ketumbar - hiris halus

Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Tambah sedikit garam dan serbuk lada kitam.