Wednesday, 13 April 2016

Kek Gula Hangus

Obtained and edited from Aneka Resipi in Facebook on 12 April 2016.


Bahan 1:
1 cawan gula
(3/4 cawan gula untuk kurang manis)
1 cawan air panas
3 sudu besar mentega
Cara membuat:
Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas. Hati-hati sebab ia akan meletup-letup. Apa pun, tutup api dan cepat-cepat masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas itu, masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair. Ketepikan.

Bahan 2:
4 biji telur
3/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat:
Pukul telur sampai kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat. Guna mixer hingga rata. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu. Tambahkan esen vanila. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Bakar atau pun kukus.
A. Bakar selama 1 jam dalam oven pada suhu 160C, gunakan api bawah sahaja. Baki masa terakhir 11 minit pula, gunakan api atas dan bawah.
B. Kukus selama 50-60 minit.

Tips:
Gula boleh terus dikacau dan dibiarkan dalam kuali. Gunakan senduk dan kacau gula, biarkan sampai gelap. Jangan risau; rasanya akan tetap sedap. Rasa gula yang sudah hangus macam rasa coklat. Warnanya akan hitam, tapi macam mana pun terpulang pada anda. Jika inginkan kek berwarna perang koko sikit, jangan hanguskan sangat air gula. Saya suka yang macam ini sebab kurang rasa pahitnya.
Pukul telur jangan lama sebab ia akan keringkan kek. Pukul sekadar telur kuning pecah dan rata, memadai 2-3 minit sahaja.
Masa memasukkan susu dan tepung pun, mesti kacau sekejap sahaja sebab hasilnya nanti kek akan lembab dan lembut.
Warna kek nanti akan bergantung pada warna gula hangus yang anda sediakan.
Aluminium foil mesti digunakan untuk menutup loyang kek supaya kek yang dihasilkan akan lebih cantik daripada diletakkan kain pada sekeliling tudung pengukus. Jika tiada aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus dengan kain disekelilingnya.

0 comments: