Pages

Tuesday, 7 June 2016

Sotong Masak Cili Padi

Taken from Facebook on 7 June 2016
https://www.facebook.com/resepisedapofficial/?fref=photo


SOTONG MASAK CILI PADI

Bahan:

  • Sotong - di cuci bersih + potong kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 2 biji tomato - buang biji + potong panjang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 bji buah pelaga
  • 1 sudu kecil cuka
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis


Bahan ditumbuk:

  • 4 ulas bawang putih
  • Secubit jintan manis
  • Kunyit hidup sebesar jari kelingking
  • 5-6 biji cili padi - ikut tahap kepedasan masing-masing


Cara:

  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga hingga naik bau
  2. Masukkan sotong dan gaul dengan bahan tumis sehingga sotong kembang sedikit
  3. Masukkan garam + gula + cuka (Kalau nak berkuah sedikit bolehlah masukkan sedikit air dari lesung tumbuk tadi)
  4. Masukkan bawang besar + tomato
  5. Gaul hingga semua diperasakan dengan elok maka siaplah dihidangkan bersama nasi putih


0 comments: