Wednesday 20 July 2016

Roti Canai

From Aneka Resepi Kuih Muih
https://www.facebook.com/AnekaResepiKuihMuih/

Roti Canai

Bahannya

1 kg tepung gandum (makes 30 pieces)
1/2 kg minyak masak
Marjerin
2 sudu besar susu pekat (Cap Junjung)
Sebiji telur ayam
1/2 sudu makan garam
Air secukupnya ... untuk uli tepung

Cara membuatnya

  1. Sediakan bahan, besen dan kuali
  2. Campur semua bahan bahan: Susu + garam + telur + air ke dalam tepung sedikit demi sedikit dan uli. Uli hingga doh menjadi lembut dan tak melekat kat tangan. Kemudian rehatkan doh selama sejam. Biasa saya uli tepung lepas waktu asar.
  3. Lepas doh direhatkan sejam, potong kecil-kecil. Sapukan margerin. Rehatkan lagi sehingga waktu isyak.
  4. Susun susun bulatan tepung ni di dalam minyak masak. Rendam semua. Rehatkan sehingga subuh. Ni tips dari peniaga roti canai frozen. Sebab tak nak roti canai ni jadi kering. Sebab nak frozenkan.
  5. Regang-regangkan doh tadi. Guna talam size besar. Semasa regang-regang tu sapulah dengan margerin. Regang-regang dan bulatkan.
  6. Lepas regang-regangkan tu pusing-pusing tu jangan ditekan sgt. Biar mengelembung seperti ... baru jadi cantik. Lembut nanti hasilnya.


1 kg tepung gandum boleh menghasilkan 25-30 biji roti canai.

0 comments: