Pages

Friday, 18 March 2016

Durian Crepe

Resepi Durian Crepe
versi Tahrunnisah Jali in Facebook.

(Step by Step)

Kulit/crepe (18-20 keping )
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
sedikit esen vanila
beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye

Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telor
isi durian yang dihancurkan

Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

Caranya utk kulit/crepe ~ cara nak dptkan crepe yang nipis
1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen
vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan
pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat
kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan
pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan
tadi..kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun tuk ratakan
kulit tu..just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap
je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus
kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat

Cara untuk Filling Kastard + Durian
1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard, 2 biji kuning telor,dan
susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian
tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga
kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan
masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair

Cara untuk Filling Whipping Cream
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream,
tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda
sudah manis abaikan gula icing tu.
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam
piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.

Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe"
1. Sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar), kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
2. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal. 
3. Bila sudah siap masukkan dalam freezer sekejap selama sejam dua supaya ia mengeras.
4. Jjika durian crepe yang baru dikeluarkan dari freezer tu keras kejung, tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan. Jangan keras sangat. 

Selamat Mencuba

0 comments: