Pages

Friday, 25 March 2016

Kuah Yong Tau Fu

Taken from Facebook, 24 March 2016.


I. Kuah hitam

2 sudu makan taucu

2 sudu makan tepung jagung

2 sudu makan tepung gandum

3 sudu makan kicap pekat

3 sudu makan sos tiram

4-5 sudu makan gula

3 cawan air


Cara:

Masukan semua bahan ke dalam blender.. blender bagi taucu halus.

Lepas itu masak bagi kuah mendidih sekejap.


II. Kuah merah

(A) Bahan untuk blend
1/2 cawan kacang tanah yang sudah digoreng1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam

Cara:

Blender semua bahan di atas supaya kacang menjadi halus.

(B) Bahan untuk menumis
2 ulas/biji bawang putih - diketuk atau tumbuk dengan anak lesung
3 sudu makan cili blend/boh/kisar
sedikit (2 sudu makan) minyak masak

Cara:

Panaskan sedikit minyak
Tumis 2 biji bwang putih yang telah diketuk.
Tambahkan 3 sudu makan cili blend.. tunggu kering.
Masukkan semua bahan dalam blender tadi.
Masak sekejap bagi kuah agak pekat ... dalam 5 minit.


III. Menghidang yong tau fu

bijan goreng

bawang goreng

Cara:

Kuah yong tau fu boleh dihidangkan bersama bebola ikan, hotdog, sayur kangkung dicelur, sotong, isi ketam, peria + bebola ikan, cili sumbat dsb. yang telah dicelur atau rebus.

Campurkan kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya.

Taburkan bijan sangai dengan bawang goreng.

Selamat mencuba.

0 comments: