Pages

Friday, 25 March 2016

Laksam

Taken from LAKSAM By Yani in Facebook, 23 March 2016.

Laksa

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

4 cawan air suam

Gaulkan semua bahan.

Panaskan kukusan.

Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak untuk mengelak dari melekat.

Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.

Kukus sampai masak.

Bila sudah masak, keluarkan.

Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.

Sementara itu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.

Ulang sampai habis


Kuah Laksam

Ikan - boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) - contoh, guna 3 hiris ikan tenggiri

1 inci halia

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

1 sudu teh lada hitam

1 biji kelapa - ambil santan segar/guna santan segera drp 1 biji kelapa

3-5 keping asam keping

sedikit garam

sedikit gula merah atau gula pasir


Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.


Bahan Ulam

timun

kacang panjang

taugeh

daun kesum

Kesemua bahan di atas dihiris halus.

Bahan Cili

cili merah

belacan

garam

limau nipis atau limau kasturi

Cili merah ditumbuk dengan belacan. Tambah garam sikit dan perahkan limau.

0 comments: