Saturday 19 March 2016

Nasi Ayam

Taken from Facebook, 19 March 2016 and edited for web browsing.
Adaptasi resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham England.
Ilham resepi dari Tuan Haji Mustaffa Othman, Menate Steak House .
Resepi yang saya jumpa pada tahun 2010 ketika beliau aktif menulis blog.
A. Bahan untuk merebus ayam

Ayam

bawang putih

halia

air

Cara merebus ayam

Rebus ayam hingga separuh masak dan simpan air rebusan ayam.

Jangan rebus lama sangat, nanti ayam jadi kering dan keras setelah digoreng.

---
Bahagi air rebusan ayam untuk 3 kegunaan:

1. Untuk nasi ayam

2. Untuk sambal

3. Untuk sup kosong


B. Bahan untuk perapan ayam

1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

2. 3 sudu madu

3. 2 sudu sos tiram

4. 1 sudu kicap pekat

5. 1 sudu minyak bijan (optional)

6. Sedikit lada sulah

7. sedikit garam ikut rasa*
*saya tak letak garam. Kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin
Cara membuat perapan ayam

Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan di atas.

--
Perap ayam yang telah direbus tadi.

Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah.

Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.

Selalunya saya panggang dalam oven. Tetapi kali ini saya guna kaedah goreng.

---
C. Bahan untuk menggoreng ayam

Minyak masak

Kuali

senduk

Ayam yang telah direbus separuh

Cara menggoreng ayam


Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.

Apabila minyak betul betul panas, masukkan ayam.

Nampak buih dalam minyak bermaksud api betul betul panas.

Saya suka memasak guna api sederhana kecil, tetapi memakan masa untuk menggoreng.

Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti sebelah luar dah garing sangat, tetapi isi dalam belum berapa masak

--
Masukkan 3 ketul ayam dalam periuk atau kuali

Jangan masuk banyak sangat.

Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing.

Masak selama 5 minit ke 7 minit sahaja.
*Memasak ini perlu latihan selalu turun ke dapur. Nanti lama lama kita semakin mahir.
---
Hasil ayam yang digoreng adalah hitam.

Ia sedikit hangus tetapi sedap dan lembut, manis, pahit dan masin.

---
D. Bahan untuk sambal nasi ayam


1. 6 biji lada merah

2. 2 ulas bawang putih

3. 1 sudu jus limau nipis

4. Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)

5. 4 sudu gula

6. 1 sudu kecil garam

7. Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)

8. 1 sudu kecil tepung jagung (optional)*


Cara membuat sambal nasi ayam
*Larutkan tepung jagung dengan 2 sudu air.
----
Tips : Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender.

Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur

Blender semua bahan di atas. Masukkan air rebusan ayam tadi.

--
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.

Ingat, jangan masak guna api besar.

Kita nak semua bahan mesra mesra gitu.

Barulah sedap masakan kita.

---
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

Kalau limau tak ada boleh guna apa lagi?

---

0 comments: