Tuesday, 14 February 2017

Kuih Serabai Kuah Durian

This recipe is taken from Aneka Resepi Masakan in Facebook.
Link
8 January 2017

Ingredients/Bahan

2 cawan tepung beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecil yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam

Method/Cara

Yis, gula dan sedikit air suam dicampur dalam 1 bekas
Biarkan selama 5 mnit untuk memastikan yis aktif.

Kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi.
Apabila nasi sudah hancur, masukkan garam, tepung beras, santan,dan bancuhan yis tadi
Kacau sebati
Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup

Panaskan acuan kuih serabai atau daalm pan kecil atau acuan kuih bakar.
Sapu sedikit minyak dalam acuan tersebut.
Apabial acuan sudah betul2 panas, masukkan adunan dalam acuan.
Sederhanakan api dapur dan tutup acuan.

Agak2 sudah kering permukaan menandakan serabai sudah masak.
Cungkil guna alat tajam untuk keluarkan kuih dari acuan.


Durian gravy/kuah durian

1 keping gula Melaka
2 mangkuk santan sederhana pekat
2-3 ulas durian
gula jika perlu
daun pandan - disimpul
sedikit garam

1 sudu tepung gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu
.
Method/Cara
.
Gula Melaka dan sedikit air dimasak dahulu kemudian ditapis untuk membuang bendasing.

Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.
Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.
Jika kurang manis tambah gula.
Masukkan campuran gandum tadi untuk memekatkan kuah.
Kacau sentiasa sehingga masak.

Hidangkan serabai dengan kuah durian.


Curry puff

This recipe is taken from Aneka Resepi Masakan in Facebook.
Link
8 January 2017

Curry puff skin/shell
Kulit karipap

1 kilo tepung gandum baker choice
3 sudu besar majerin pelangi
3/4 cawan minyak masak
2 sudu teh garam
Air 380g-400g bergantung pada kelembutan

Method/Cara

Ayak tepung ketepikan ....dan buat lubang ditengah tepung tu
Panaskan minyak masak
Masukan majerin biar cair
Terus tuang pada tepung
Gaul guna senduk dahulu

Dah suam sikit baru guna tangan.
Gaul jadi serbuk roti (breadcrumbs)
Masukan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
Perap dalam 1/2 jam dalam bekas bertutup.
Baru bulatkan kecil
Kecil dan gelek, tapi terlalu nipis.

Lepas siap bubuh inti kelum degan kemas supaya tidak terbuka semasa dibakar.

Bakar pada suhu 180 dalam oven.
Bakar sampai putih dan kembung bulat selama 25 minit.

Tips nak mengoreng

  1. Guna minyak banyak.
  2. Campurkan 2 sudu shortening kalau guna minyak sepeket atau 1 kilo minyak.
  3. Selalu kacau biar masak sekata.


Pai Tee

This recipe is taken from Aneka Resepi Masakan in Facebook
Link
8 January 2017

Ingredients for the filling
Bahan untuk inti
.
2 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih (cincang halus)
½ biji sengkuang
1 batang lobak merah (carrot)
1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
100 gram ayam/udang. (cincang halus)
1 biji telur (goreng dadar dan hiris halus)
½ sudu teh garam

Ingredients for the shell containers
Bahan untuk bekas
.
100 gram tepung ubi
100 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
1 biji telur
air secukupnya
½ sudu teh garam
minyak masak (untuk menggoreng kulit pai tee)

Method/Cara

For the filling/untuk inti:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
Masukkan isi ayam/udang.
Kacau sebentar.
Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak (al dente)
Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
Angkat dan ketepikan.

For the pai tee shells/untuk kulit:

Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air.
Tambah air sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati.
Pastikan adunan tidak terlalu cair.

Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.

Celupkan semula ke dalam minyak panas.
Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
Goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Masukkan inti ke dalam kulit pai tee.
Hidangkan bersama cili sos atau Kewpie roasted sesame seed dressing

Putu Piring

This recipe was taken from Aneka Resepi Masakan in Facebook.
Link
8 January 2017

Ingredients/Bahan
- for making 15 pieces of putu piring
- untuk buat 15 keping putu piring)

2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150 ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yang putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka - diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
daun pisang digunting 2-inci persegi
.

Method/Cara
.
Tepung beras digoreng tanpa minyak selama 5 minit.
Ayak tepung beras yang sudah digoreng dan biarkan sejuk.

Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.
Seeloknya gunakan air panas
Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan.
Renjis2kan pada tepung yang telah digoreng dan disejukkan tadi.
Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti (breadcrumbs).

Panaskan pengukus.

Griskan acuan putu piring dengan sedikit minyak.
Taburkan sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah.
Tambah sedikit tepung lagi di atasnya.
Letakkan kain muslin di atasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus
Elok gunakan pengukus khas untuk putu piring.
Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.

Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dengan sedikit garam.
Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.
Sedia untuk dihidang.

Putu piring dimakan panas untuk sarapan pagi.


Sunday, 12 February 2017

Ayam Masak Lemak Cili Padi

This recipe is from Makan TV program from Astro C135, hosted by Chloe, Miss Malaysia World 2011 and demo by Chef Firdaus. This is a traditional Malay chicken dish. This dish is very hot and spicy because cili padi is used. 2 cili padi are sufficient to make diners cry, but this recipe calls for more than 2 cili padi. 

Bahan

1 kg ayam 
2 biji ubi kentang
1 serai 
2 pieces halia (1 inch each)
gula
garam
3 pieces kunyit 
200 g cili padi
1 kg santan pekat (fresh)

Cara

Blend kunyit dan cili padi dengan sedikit air. Blend lumat hingga dapat warna kuning sekata.
Titik serai
Racik halia - slice and julienne
Ubi kentang - potong wedges


Cara masak:

Masukkan bahan dikisar, halia, dan ayam ke dalam kuali (no oil).
Nyalakan api. 
Tambah sedikit air jika perlu dan masukkan serai.
Masak sebentar.

Bila ayam sudah kecut sedikit, kecilkan api dan masukkan santan.
Kacau untuk elak santan pecah
Bila bubbles sudah keluar, kecilkan api, dan masukkan sedikit garam. 
Biarkan
Bila sudah mendidih, masukkan ubi kentang
Selesai bila ayam dan uni kentang sudah empuk dan kuah pekat.

Hidang dalam mangkuk besar dan hias dengan cili merah, daun sup dan daun bawang.
Hidang dengan nasi panas.

Ungkep Daging

This recipe is taken from Makan TV program on Astro C135, hosted by Chloe, Miss Malaysia World 2011. This recipe is an authentic traditional Indonesian spicy beef dish.


Bahan

500 g daging lembu
50 g bawang merah (4 pieces)
bawang putih (5 pieces)
kunyit
halia muda
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih/jintan manis
2 sudu besar air asam Jawa
2 serai
garam
gula

Cara

Tumbuk semua bahan. Tak perlu lumat sangat.
Gaul dengan daging dalam mangkuk
Masukkan ke dalam periuk
Guna api kecil
Titik serai dan masukkan bersama daging
Masukkan garam, gula.
Bila daging sudah kecut, masukkan air asan Jawa, gaul rata dan tutup.
Masak selama ___.
Bila daging sudah kecut dan rempah sudah masak, tambahkan sedikit minyak supaya berkilat.

Hidangkan bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Hidangkan bersama nasi panas.

Opor Rusuk

From Makan TV program on Astro C135, hosted by Chloe, Miss Malaysia World 2011. Recipe is by Chef Zulkifli Razali from Bijan Restaurant, 3, Jalan Ceylon, 50200 Kuala Lumpur. Bijan won the Best Malay Restaurant Award. Opor is a cross between beef curry and rendang daging.

Bahan

daging rusuk
rempah opor
minyak masak
bawang goreng untuk hiasan

Cara

Potong rusuk ikut ruas (4 pieces ribs)
Panaskan air dan rebus rusuk 
Rebus rusuk 2 jam untuk melmbutkan daging.

Sementara menunggu rusuk empuk, sediakan rempah opor.

Rempah opor:
cili kering
kayu manis
jintan manis 
jintan putih
buah pelaga
biji ketumbar
bunga cengkih
Goreng bahan rempah opor tanpa minyak selama 10 minit.
Kisar rempah opor yang telah digoreng kering supaya menjadi serbuk rempah opor.


Bahan untuk masak kuah:
Bawang merah
Bawang puith
Lengkuas
Halia
Buah keras
Campurkan semua bahan dan kisar dengan sedikit air.


Bahan untuk dibungkus (empat sekawan):
kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
Masukkan rempah ke dalam unchang dan ikat.


Bahan lain:
kerisik
gula Melaka
gula
serbuk cili
3 batang serai
belacan
air asam Jawa - rendam asam Jawa dalam air dan biar kembang
santan pekat
garam

Cara memasak kuah opor:

Tumis serai dalam minyak supaya naik aroma.
Bila sudah wangi, masukkan bahan yang telah dikisarkan.
Goreng selama 10 minit hingga wangi dan hilang bau bawang mentah.

Masukkan rempah yang dibungkus (sekejap shj)
Masukkan rempah opor yang telah dikisarkan.
Masukkan sedikit serbuk cili
Letakkan belacan dan goreng sekali
Masukkan air asam Jawa (gunakan airnya sahaja)
Masak selama 1 minit.

Masukkan stock air rebusan rusuk tadi
Biar mendidih sebentar.

Masukkan rusuk ke dalam kuah opor

Masukkan gula Melaka, gula, garam, kerisik, santan pekat
Kacau rata dan kacau sekali-sekala
Masak selama 2 jam hingga kuah menjadi kering dan pekat.

Hidangkan opor rusuk dan hias dengan bawang goreng.
Hidangkan dengan nasi panas.