Pages

Tuesday, 14 February 2017

Kuih Serabai Kuah Durian

This recipe is taken from Aneka Resepi Masakan in Facebook.
Link
8 January 2017

Ingredients/Bahan

2 cawan tepung beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecil yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam

Method/Cara

Yis, gula dan sedikit air suam dicampur dalam 1 bekas
Biarkan selama 5 mnit untuk memastikan yis aktif.

Kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi.
Apabila nasi sudah hancur, masukkan garam, tepung beras, santan,dan bancuhan yis tadi
Kacau sebati
Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup

Panaskan acuan kuih serabai atau daalm pan kecil atau acuan kuih bakar.
Sapu sedikit minyak dalam acuan tersebut.
Apabial acuan sudah betul2 panas, masukkan adunan dalam acuan.
Sederhanakan api dapur dan tutup acuan.

Agak2 sudah kering permukaan menandakan serabai sudah masak.
Cungkil guna alat tajam untuk keluarkan kuih dari acuan.


Durian gravy/kuah durian

1 keping gula Melaka
2 mangkuk santan sederhana pekat
2-3 ulas durian
gula jika perlu
daun pandan - disimpul
sedikit garam

1 sudu tepung gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu
.
Method/Cara
.
Gula Melaka dan sedikit air dimasak dahulu kemudian ditapis untuk membuang bendasing.

Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.
Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.
Jika kurang manis tambah gula.
Masukkan campuran gandum tadi untuk memekatkan kuah.
Kacau sentiasa sehingga masak.

Hidangkan serabai dengan kuah durian.


0 comments: