Pages

Tuesday, 14 February 2017

Kuih Getas

This recipe was taken from Aneka Resepi Masakan in Facebook.
Link
8 January 2017


Ingredients for dough/Bahan untuk doh:

250 g tepung pulut
20 g tepung gandum
150 g kelapa parut
250 ml air
Garam secukup rasa
Minyak - untuk menggoreng

Method/Cara:

Gaul tepung pulut dan tepung gandum bersama kelapa dan garam. Sebatikan.

Tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang agak lembik, tetapi bukan terlalu lembik.
Rehatkan doh selama 15 minit.

Panaskan minyak.

Sapu sedikit di tapak tangan.

Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan, kemudian tekan bagi leper dan agak nipis.
Terus masukkan ke dalam minyak.

Buat beberapa biji.
Selalu balik-balikkan kuih sebab jika tidak balik-balikkan, kuih akan pecah di tengah.

Angkat dan toskan bila kuih sudah kekuningan.
Bila semua dah siap, ketepikan.


Sugary coating/Bahan sira gula:

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan

Method/Cara:

Masakkan air dan gula sehingga likat dan air kelihatan bertali.
Gunakan api yang sederhana.
Bila sudah likat masukkan semua kuih tadi.
Kacau segera.
Biar semuanya kena gula.
Tutup api.
Teruskan kacau hingga gula menghasilkan bentuk bunga (bubbles).

0 comments: