Tuesday 14 February 2017

Tapai Pulut

This recipe is taken from Aneka Resepi Masakan in Facebook.
Link
8 January 2017


Ingredients/Bahan:

1 kg beras pulut
1 packet ragi manis (dijemur)
Daun pisang secukupnya

Method/Cara:

Basuh beras pulut bersih-bersih.
Kemudian ditanak sehingga masak.
Setelah pulut masak, angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yang bersih dan kering.

Hancurkan ragi sehingga halus.
Kemudian taburkan pada pulut tadi.
Guna sarung tangan.
Kemudian balik-balikkan pulut dan gaul sehingga rata.

Sediakan sebuah pasu tanah kecil/bekas yang sesuai.
Alas dalam pasu/bekas dengan daun pisang yang bersih.
Masukkan pulut tadi dengan sehelai daun pisang.
Tutup pasu/bekas dengan penutupnya.
Kemudian balutkan dengan kain kemas-kemas.



Notes:

Tapai pulut ini boleh dimakan selepas tiga hari.
Simpan di dalam peti sejuk supaya proses penaian (fermentation) terhenti dan tidak berterusan.
Jika penapaian berterusan, proses ini akan menghasilkan alkohol (arak).

Kehadiran alkohol di dalam makanan membuat makanan berkenaan haram dimakan oleh orang Islam sebab alkohol memudaratkan hepar (liver).

Alkohol juga menjadi racun kepada bayi di dalam kandungan. Bagi mengelakkan kesan alkohol kepada bayi dalam kandungan. ibu mengandung patut mengelak makanan penapaian seperti tapai (semua jenis tapai)

External links
http://bioinformatiko.blogspot.my/2011/04/tapai-made-from-halal-ingredients-but.html


0 comments: